Assalamualaikum Kengkawan Semua,
Alhamdulillah hari ini aku dibenarkan oleh Allah utk membuka mata untuk meneruskan hidup sebagai HAMBANYA, Alhamdulillah illazi ahyana ba'da ma amatana wailahinnusyur. Alhamdulillah.
Hidup ku hari ni bermula seperti biasa, jika di rumah aku dikejut oleh MAK aku tp, alhamdulillah di APIUM ROOMATE aku jadi pengganti, Syukran sangat2...
Bermula pagi ini dengan suatu pengisian di KIAS yang disampaikan oleh Ustaz Syahru Ramadhan yang berkaitan "Konsep dakwah dan Pembentukan peribadi Du'at". Alhamdulillah, banyak benda baru yang aku dapat sebagai bekalan utk hidup sebai murobitun.
Antara Isi2 penting yang aku dapat sebagaimana berikut:
Ciri2 dakwah:
1)Rabbaniyah (Semua sumber dakwah adalah melalui As-Soni', Alkholiq yakni ALLAH S.w.t)
-Antara apa yang diperincikan oleh beliau adalah berkaitan dengan buku manual umat Islam iaitu AL-QURAN. Beliau membawa contoh sekiranya kita membeli sebuah kereta sebagai contoh Mercedez, kita pasti akan dapat buku manual nya bukan? Jadi, kita tengok...susah nya nak guna Mercedez ni, lps tu kita ambil buku manual Proton Preve..A'a yang ni mudah ckit..kita gunakan buku manual Proton Preve pada Mercedez, boleh ke tak? Rosak la ye..Begitu la perumpamaan ummat Islam sekarang yang lebih cenderung utk menggunakan Buku manual buatan manusia utk semua hal kehidupan, padahal ALLAH S.W.T telah menyediakan Buku Manual yang terbaik yakni Al-Quran sebagai penduan hidup.Allah yang mencipta kita bukan? Jadi -Dia lah yang lebih mengetahui hakikat kehidupan dan kepeluan diri manusia. Semuanya diceritakan didalam Dusturuna Al-Quran..
2)As-Syumul (Semua perkara kehidupan dirangkum dalam Islam)
-Disini beliau menceritakan tentang bagaimana agama Islam mampu menjadi tatacara dalam kehidpan manusia, Jika manusia betul2 mengamati apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah pasti kita akan merasa Indahnya Kesyumulan agama Islam...
3)Alamiyah (Sejagat=Global)
-Dakwah Islam untuk semua manusia x kirala Tua, Muda, Kecik, Besar ataupun apa jua bangsa dan kerenah...
Seterusnya,
Tiga Elemen Dakwah
1)Daie (Juru Dakwah)
2)Mad'u (Sasaran Dakwah)
3)Mawdu' Dakwah (Pengantar Dakwah)
-Sekiranya tiga elemen ini tidak lengkap tidak akan berlakunya situasi dakwah, disini beliau membawa contoh di sekolah, setiap situasi pembelajaran perlukan elemen yang palin penting iaitu Guru, Pelajar dan Mata Pelajaran, sekiranya guru x ada, pastinya x berlaku proses pembelajaran, jika pelajar x ada x berlaku jgak kan dan sebaliknya...Jadi, pentingya elemen ini utk usaha dakwah ila ALLAH S.W.T...
Seterusnya,
10 Sifat yang perlu ada pada diri seorang DAIE. (Mengikut Imam Hassan Al Banna)
1) Aqidah Salimah (Akidah yang kukuh)
2)Al Ibadah Sohihah (Ibadah yang betul)
-Perlu ada IKHLAS
-Perlu kpd MUWAFIQ (Bertepatan dengan Sunnah)
3)Al-Akhlaq Matin (Akhlak yang matang)
4)Muthaqafatul Fikr (Ilmu yang luas)
5)Qowiyul Jism (Kuat tubuh badan)
6)Mujahadah binnafs (Lawan nafsu)
7)Qodirun ala kasbi (mampu berdikari)
8)Harisun ala waqtihi (Mampu manage masa)
9)Munazzomun Fi Syuun (Menyusun setiap perkara)
10)Nafiun Lighoirih (Bermanfaat kpd manusia lain dr pelbagai segi)
Nantikan sambungannya pada entry yang lain...InsyaALLAH...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

2 ulasan:
teruskn bertinta & berkongsi untuk islam.
Syukran...semoga kita terus dapat memberi manfaat kpd manusia lain walaupun apa jua cara..
Catat Ulasan