Alhamdulillah, hari ni aku dapat siapkan blog ku yang keempat selepas blog Akademi Tarbiah. Hari ni aku kesepian sangat entah kenapa, mungkin aku masih banyak benda yang lemah antara diri aku dengan Rabb-Ku..Lantas aku terfikir utk aku susun hidup aku dengan lebih teratur, sesungguhnya manusia yang berjaya adalah manusia yang merancang perjalanan hidupnya...
Banyak benda bermain difikiran ku sekarang, adakah hidup ku ini sia2 sahaja melihatkan keadaan diri ku yang x memberi apa2 sumbangan utk manusia sejagat, masyarakat, teman2, agama bahkan negara..Itulah sebabnya aku menamakan blog ni sebagai "Diari sebagai Murobitun". Adakah anda semua mengerti apa itu Murobitun? Murobitun adalah perkataan yang dipetik daripada bahasa arab yang membawa maksud Pejuang..Jadi, relatelah dengan apa yang aku ingin capaikan...
Setiap pejuang pasti mempunyai hadafnya yang tersendiri bukan? pejuang kemerdekaan berjuang sehingga tercapainya kemerdekaan. pejuang dalam peperangan berjuang sehingga gugur syahid ataupun mencapai kemenangan bukan? Jadi, aku ingin menjadi seorang pejuang yang memperjuangkan hak peribadi diri aku dengan tuhan yang esa iaitu ingin mencapai mardhotillah, A'ah itulah pencapaian yang teragung sekiranya mampu dicapai oleh setiap hamba-Nya..X salah kan...
Jadi, aku janji pada diri aku utk mencapai tahap itu, mana mungkin golongan salafussoleh yang juga manusia biasa, makan seperti kita, tidur seperti kita, tapi mereka dapat mencapai tahap itu...Jadi, semampunya kita utk bersama dengan diorang sekiranya kita mencapai tahap itu yang membataskan kita dengan mereka iaitu mereka betul itqan dalam merealisasikan maksud sebenar HAMBA ALLAH. Jadi aku perlu tekadkan diri utk berusaha kearah itu...dengan usaha, doa dan tawakkal InsyaALLAH, kejayaan bakal menjadi milik hamba-Nya ini...
Wassalam:
Pembuka Bicara
Admin "Diari Sebagai Murobitun"
Hasan Basri Bin Soidin

0 ulasan:
Catat Ulasan