InsyaAllah untuk entry kali ini aku akan sambung tentang kandungan Pengisian dengan Ust Syahru Ramadhan pagi tadi:
Marhalah/Uslub Dakwah Yang Perlu diadakan oleh seorang Daie..
1) Taaruf
2) Membangun kelumpuhan Iman Mad'u kita
3) Al Ta'lif Qabla Taklif (Melembutkan Hati Sebelum Bagi Tanggungjawab)
4) At tarhib wa ttarghib (khabar gembira dan ancaman)
-Basyiran Wannaziro
Likuli marhalati rijaluha,
Likuli marhalati masyakiluha
Ini kita kena ingat wahai para daie sekalian, setiap marhalah pasti ada rijalnya, setiap marhalah pasti ada masalahnya, Jadi, sama2 lah kita utk menyelesaikan permasalahan setiap marhalah, x kira la siapa pun dia, mat rempit ke, bohsia ke dan macam2 bersiap siagalah utk itu. ustaz ada bgtau kita kena ingat setiap perjalanan hidup kita ni penuh dengan masalah, jadi inilah tujuan Allah memberikan akal fikiran, untuk kita memikirkan masalahnya dan penyelesaiannya bukan?
Ï%©!$# t,n=y{ |NöqyJø9$# no4quptø:$#ur öNä.uqè=ö7uÏ9 ö/ä3r& ß`|¡ômr& WxuKtã 4 uqèdur âÍyèø9$# âqàÿtóø9$# ÇËÈ
2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);
Jadi, segala permasalahan yang timbul bukanlah utk disakiti, tapi utk kita betul2 menggunakan sebaik mungkin akal fikiran kita, dan sudah menjadi sunnah pencipataan manusia utk di ibtila (uji) oleh Al-Kholiq..
Selepas habis slot Pengisian, Maka dibuka utk persoalan..
Antara persoalan yang ditimbulkan oleh peserta kebanyakannya berkisar tentang perlu ke kita menyampaikan dakwah dalam bentuk JEMAAH.
Maka, telah menjawab Ustaz tentang persoalan itu dengan katanya "Jangan mensekularkan dakwah dengan Jemaah" samalah dengan apa yang ucap sebelum tu tentang persoalan mengenai apa yang penting antara PERSATUAN dengan AKADEMIK..Jawapannya mudah "Jangan mensekularkan akademi dengan persatuan"...Jadi, jelas kpd kita tentang kepentingan dakwah melalui JEMAAH bukan?
Ustaz ada menyebut tentang peringkat perjuangan Rasulullah SAW iaitu Assiriah Qabla Alaniah (Sulit sebelum terang terangan) dan Alfardiah Qabla Jamiah (Individu sebelum Jemaah). Walaupun demikian penyampaian dakwah melalui Jemaah lebih berkesan berbandin Individu. Sekiranya kita ingin menyampaikan dakwah secara individu pun sewajarnya kita berada dalam suatu Jemaah, agar2 persoalan dan permasalahan yang timbul boleh dikongsi dengan ahli Jemaah yang lain..
Sebelum melabuhkan tirai Pengisian pagi tadi, ada suatu solan yang menarik semua pandangan audiens iaitu kata Assail tersebut. : Ust, jika kita lihat sekarang banyak gerakan2/front2/Jemaah kat Malaysia ni...Bak kata ustaz tadi kena ada 3 ciri dakwah dan semuanya benda ni seolah-olah ada pada gerakan dakwah ni..Bagaimana kita nak pilh gerakan dakwah yang betul muwafiq dengan assunah fi ddakwah?(Ayt ni ada la edit sikit2)...Jadi ust membandingkan kesemua Jemaah di Malaysia seperti UMNO, JIM, IKRAM, ISMA dan banyak lagi...Tapi yang paling jelas Jemaah yang terbaik di Malaysia ni adalah PAS yang mempunyai kesemua ciri dakwah iaitu Rabbanayah, Syumul dan Alamiyah...Kepincangan yang ada dalam Jemaah lain ialah Siasah..
Pengisian hari ni agak menarik minat peserta...InsyaALLAH, sekiranya lepas ni ada lagi aku janji x akan ketinggaln...

0 ulasan:
Catat Ulasan